Site Meter
Semenjak
Disember 5,
1997









Add Me!

Oleh:
HAJI WAN
OMAR
BIN
MAHMUD,
AMN.,
PJK.



Cg. is
a member
of
The HTML Writers Guild
.
Penulisan Buku Online /Book Writing Online



(sambungan "Sekolah Itu Mulia")
8. PENGURUSAN KERJA RUMAH BERKESAN. ( PK I)

Fokus kepada perancangan yang diselaras, jenis, jumlah, penekanan yang
sesuai untuk semua mata pelajaran peperiksaan dan sistem penyemakan
yang berkesan.Kerja rumah harus berjaya membina budaya rajin
belajar,latihan mendisiplin diri, penggunaan masa yang teratur dan berdikari.

Setiausaha & Penolongnya
Setiusaha : Cg.Norhazani binti Taib
Penolong : Cg. Aima binti Selamat

Kerja Rumah Berkumpulan
Kebebasan dalam membuat kerja rumah
Pelbagaikan Bentuk Kerja Rumah
Penegasan
Merekod
Penyelarasan
Pengukuhan
Tindakan Susulan
Mengulangkaji Secara Berpandu
.
Aktiviti Berterusan :

1. Di akhir pembelajaran kerja rumah diberikan sebagai pengukuhan.
2. Penyemakan disusuli dengan pembetulan.
3. Merekod kerja rumah yang diberikan.


Aktiviti Bulanan :

Januari : Mengadakan kempen kesedaran pentingnya kerja rumah.
Februari : Kerja rumah semasa cuti.
Mac : Pertandingan membuat buku skrap.
April : Memberikan kerja rumah di bawah bimbingan ibu bapa.
Mei : Kerja rumah secara bearkumpulan (Peer Group)
Jun : Penyemakan kerja rumah oleh Ketua Jabatan.
Julai : Memberikan kerja rumah berasaskan soalan dari berlainan sekolah.
Ogos : Memberikan kerja rumah berasaskan soalan dari berlainan negeri.
September : Kerja rumah semasa cuti ( Cuti Terancang)


9. KLINIK MATA PELAJARAN. (Penolong Kanan Kokurikulum )

Wajar ditubuhkan klinik mata pelajaran di sekolah-sekolah. Seharusnya
setiap guru yang mengajar mata pelajaran peperiksaan awam dan guru-guru
yang tidak mengajar mata pelajaran peperiksaan tetapi berkepakaran
dikehendaki bertugas di klinik ini secara berjadul untuk memberi ruang
kepada pelajar mendapat bimbingan. Dalam konsep pendemokrasian
pendidikan, pelajar yang bermasalah sangat perlu dibimbing dan dibantu
terutama keluarga miskin di bandar dan luar bandar.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg.Tai See Wai
Penolong : Cg.Hajjah Fazizah binti Mohamad &
Cg. Norizan binti Shamsuddin

Klinik Pakar Mata Pelajaran

Aktiviti Berterusan:

1. Klinik Pakar Mata Pelajaran (Tahap 2)
Murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran boleh berjumpa dengan
guru yang bertugas di klinik tersebut pada waktu rehat.

2. Klinik Bijak Sifir (Tahap 1)
Pada setiap hari Khamis pukul 1.00pm. semua murid akan membaca sifir serentak
dalam kelas.


11. KELAS TAMBAHAN SOLAT. (Penolong Kanan Kokurikulum )

Setiap pelajar muslim mesti
. Jika matlamat ini jelas, usaha membimbing anak-anak
mengerjakan solat patut diprogramkan di sekolah-sekolah sehingga matlamat
tersebut tercapai.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg.Adnan bin Muda
Penolong : Cg.Nasrah binti Ahmad

Aktiviti Berterusan:

1 . Kelas intensif Solat untuk murid yang belum pandai melakukan solat lima waktu.
Kelas ini akan dijalankan selepas waktu persekolahan.
2 . Membaca dan menghafaz bacaan -bacaan dalam solat sebelum P&P.
3 . Amali solat Fardhu Zohor berjemaah di waktu sekolah untuk tahap 2 selepas
waktu sekolah.

Aktiviti Bulanan:

Januari Amali mengambil wudu' dengan sempurna. Ianya akan dilaksanakan
setiap mula pembelajaran di surau.
Februari Penerangan mengenai rukun , sunat, perbuatan,bacaan dan lain-lain
berkaitan solat.
Mac Latihan membaca dan menghafaz lafaz niat serta bacaan dalam solat.
April Menulis dan menampal bacaan-bacaan dalam solat di dalam kelas.
Mei Menyusun gambar dengan rukun solat.
Jun Menonton video solat.
Julai Sessi soal jawab / bimbingan solat.
Ogos Solat Maghrib dan Isyak di masjid yang berdekatan.
September Ujian Penilaian Solat. Ujian ini akan dibuat untuk memastikan murid
dapat melakukan solat dengan betul.
.
12. PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN. (PK-KK)

Sekolah mesti memain peranan yang aktif merancang dan melaksanakan
Program Bacaan Al-Quran. Ini dilakukan menerusi pendidikan formal,
menerusi Kelas Yayasan Islam atau usaha PIBG. Takutilah keadaan akan
wujud generasi yang jahil tentang Al-Quran.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Adnan bin Muda
Penolong : Cg.Norizan binti Yusof

Aktiviti Berterusan:

1. Membaca surah-surah pendek dan Ummul Kitab sebelum pengajaran dan
pembelajran dan surah Al-Asr sebelum balik.
2. Bacaan surah pada waktu pagi sebelum masuk ke kelas.
5. Pemulihan dalam kelas. ( rakan sebaya ).

Aktiviti Bulanan:

Januari Tadarus Al-Quran dengan kaedah Iqra' di surau sekolah
pada waktu rehat.

Februari Membaca Al-Quran dengan kaedah Iqra' ( pemulihan ).

Mac Galakan dan kempen Membaca Al-Quran setiap hari.
( pengayaan )

April Menulis dan menampal carta surah di dalam kelas.

Mei Pertandingan menulis dan bercerita kisah-kisah yang
berdasarkan ayat-ayat dalam Al-Quran.

Jun Pertandingan membaca dan menghafaz Al-Quran.

Julai Penekanan tentang Resam Uthmani.

Ogos Kerja projek - erti dan pengajaran ayat.

September Majlis khatam Al-Quran.

.
13. TULISAN JAWI. (PK-KK)

Pengekalan tulisan jawi bergantung kepada kejayaan sekolah mendidik
pelajar dalam penguasaan jawi. Ini juga bergantung kepada minat pengetua
dan guru besar serta keupayaan guru-guru sendiri dalam tulisan jawi. Oleh
sebab tulisan jawi berkait rapat dengan indentiti bangsa dan agama, sekolah
bertanggungjawab mengajar jawi dengan sempurna.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Siti Zaizon binti Udin
Penolong : Cg. Andawati binti Ali

Aktiviti Berterusan:

1 . Mengeja dan menyalin lima perkataan baru pada setiap permulaan pembelajaran
ke dalam buku Glosari Jawi.
2 . Membuat latihan dalam buku latihan khas untuk tulisan Jawi dengan teknik yang
yang betul.
3 . Penyediaan lembaran kerja bagi murid lemah supaya dapat mengenal dan
mengecam huruf yang sama bentuknya tapi berlainan bunyi.

Aktiviti Bulanan:

Januari Pertandingan Reka Cipta Kad Ucapan dalam tulisan Jawi ( sempena
Hari Raya )
Februari Mencipta pantun dalam tulisan jawi bagi murid Tahap 2.
Mac Pertandingan menulis kata-kata hikmat dalam tulisan jawi ( bagi
murid Tahap 1 - tahun 2 & 3 )
April Pertandingan menulis kata-kata hikmat dalam tulisan jawi bagi murid
tahap 2.
Mei Membuat kad ucapan Hari Guru dalam tulisan Jawi.
Jun Menulis puisi dalam tul.isan jawi bagi murid tahap 2.
Julai Pertandingan melukis poster menggunakan tulisan jawi bagi tahap 2.
Ogos Pertandingan Imla' bagi murid tahap 1.
September Pameran Hasil Kerja Jawi.


14. PENGURUSAN KELAS BERCANTUM (PK I)

(DIUBAH KEPADA CELIK HURUF)
Kelas bercantum di sekolah-sekolah rendah kecil perlu dipertingkatkan
hasilnya. Wajar difikirkan strategi, pendekatan,kaedah dan aktiviti-aktiviti
kelas bercantum yang lebih berkesan.Guru besar sebagai pemimpin
kurikulum sekolah perlu membimbing guru yang mengajar kelas bercantum
ini.Guru besar sebagai pemimpin kurikulum sekolah perlu membimbing guru
yang mengajar kelas bercatum ini.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Dayang Salhah binti Munir
Penolong : Cg. Roslina binti Hussin

Aktiviti Berterusan:

1 . Kelas Istimewa
Murid istimewa dikumpulkan dalam satu kelas ( tahap 1).Dikendalikan oleh guru
Bahasa Melayusecarabergilir-gilir mengikut jadual.

2 . Mentor Mentee
Guru-guru dilantik sebagai mentor untuk membimbing 2 atau 3 orang murid.
Boleh berbincang pada bila-bila masa.

3 . Penggunaan Perpustakaan
Murid digalakkan membaca buku cerita mudah dan menyalin kosa
kata.Dikendalikan oleh guru Bahasa Melayu.


22. PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID (PKI)

Fokusnya ialah mendekatkan diri pelajar-pelajar dengan masjid / surau.
Program ini merupakan program kerjasama antara sekolah dengan masjid /
surau.

Surat edaran telah dihantar ke sekolah-sekolah Terengganu. Diharap
pengetua dan guru besar dapat mengambil inisiatif supaya pelajar hadir di
masjid-masjid / surau-surau antara waktu sebelum Maghrib hingga waktu
Isyak dua kali dalam sebulan.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Nazarah binti Mustaffa
Penolong : Cg. Adnan bin Muda

Aktiviti Berterusan:

1. Solat fardhu Maghrib dan Isyak berjamaah di Masjid diadakan 2 kali sebulan
2. Bacaan Yaasin beramai-ramai pada setiap malam Jumaat.
3. Mendengar ceramah agama di masjid ang di adakan selepas Maghrib hingga Isyak.

Aktiviti Bulanan:

Jan : Solat Tarawih dan Witir .
Feb : Ceamah Nuzul Al-Quran .
Mac : Suai kenal dengan AJK Masjid.
April : Program Maal Hijrah.
Mei : Solat Hajat / Baca Yassin UPSR
Jun : Sesi bimbingan / soal jawab agama.
Julai : Sambutan Maulidur Rasul.
Ogos : Ceramah Motivasi UPSR
Sept : Solat Hajat dan bacaan Yaasin
Kerja amal (selepas UPSR).

23. BUDAYA MENCATAT KHUTBAH JUMAAT. (PKI)

Hendaklah betul-betul pelajar kita menghayati kandungan khutbah Jumaat.
Pelajar-pelajar kita digalakkan mencatat pengajaran-pengajaran dalam
ktutbah Jumaat. Penghayatan pengajaran-pengajaran itu hendaklah
dimantapkan dalam pengajaran Pendidikan Islam di sekolah.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Mohseen bin Lebai Ariffin
Penolong : Cg. Fatimah binti Rashid


Aktiviti Berterusan:

1. Khutbah Jumaat Khutbah Di Kelas
Sesi perbincangan dalam kelas sewaktu mata pelajran agama.
2. Khutbah Jumaat Khutbah di Sekolah.
Sesi Khutbah sewaktu perhimpunan pagi.
3. Perpustakaan Khutbah Jumaat
Pertandingan mencatat nota khutbah dalam bentuk penulisan skrap kemudian
dipamerkan di satu sudut dalam perpustakaan.

Aktiviti Bulanan

Januari : Penubuhan kumpulan-kumpulan Murid dan AJK
Februari : Taklimat
Pendedahan teknik mencatat Khutbah Jumaat
Penerangan aktiviti yang akan dijalankan
Mac : Pidato Umum
Disampaikan oleh wakil-wakil murid hasil catatan isi-isi Khutbah Jumaah
April : Penyeliaan ke atas nota(catatan)
Penyeliaan ini dijalankan oleh badan khas yang dibentuk dari kalangan guru-guru.
Mei : Pertandingan buku skrap
Hasil kumpulan
Jun : Motivasi Berterusan(Ceramah)
Kepentingan budaya mencatat Khutbah Jumaat
Julai : Latihan dan bimbingan pidato oleh guru agama dan bahasa
Ogos : Pertandingan pidato(Khutbah Jumaat)
wakil setiap kumpulan yang dibentuk
September : Forum Agama
Dikendalikan oleh murid-murid
(Pengerusi dan ahli panel)


.
24. SEKOLAH BESTARI (GB)

Prasarana sekolah hendaklah disediakan secara beransur-ansur dari
sekarang kerana nanti semua seklolah akan dibestarikan.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Ahmad Mulyadi bin Amiruddin
Penolong : Cg. Tai See Wai

Projek Pembestarian SKTB
.
25. TEKNOLOGI MAKLUMAT (GB)

Semua pendidik mesti menguasai dan tahu menggunkan teknologi maklumat.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa berjumpa dengan pengetua di
Pahang telah meminta pengetua berhubung antara satu sama lain menerusi
jaringan komputer.

Satu projek jaringan komputer antara Pusat Sumber Sekolah - PKG dan
PSPNT - JPNT melalui INTERNET dalam Projek Tiger WEB telah wujud dan
akan dilancarkan kelak.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Ahmad Mulyadi bin Amiruddin
Penolong : Cg. Tai See Wai

Rancangan Mengajar Tahunan Berpusat
Menganjurkan Pertandingan
Komputer Sebagai ABM
Mengadakan Hari Komputer
Mengadakan Kursus Komputer
Program Celik Internet
Membimbing Guru Mempelajari Internet
Projek Edu-Cyber

Aktiviti Berterusan:

1. Projek Edu-Cyber

Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan warga SKTB
dalam penggunaan teknologi maklumat. Ia diharapkan dapat menyalurkan maklumat
kepada guru dan ibu bapa dengan cepat di samping berfungsi sebagai sebuah
"Perpustakaan Elektronik". Projek ini juga akan menjadikan SKTB sebagai pusat
pembangunan dan perkembangan IT bagi sekolah di negeri Terengganu.. Penubuhan
Jawatankuasa Teknologi Maklumat Sekolah adalah untuk merancang, menyelaras,
mentadbir dan menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan denganProjek Edu-Cyber
ini..


2. Bimbingan Rakan Sebaya


Aktiviti ini dijalankan sepanjang tahun. Jawatankuasa Teknologi Maklumat akan
melantik seramai 6 orang guru pembimbing untuk memberi bimbingan kepada 2 orang
guru yang akan melayari internet setiap hari persekolahan iaitu dari jam 1.00 - 2.00
petang. Guru-guru akan bergilir-gilir melayari internet. Latihan ini berdasarkan jadual
yang telah disediakan.

Dalam tempoh setahun menjalankan aktiviti ini, diharap guru-guru SKTB sudah tidak
kekok lagi melayari internet dan kesemuanya sudah boleh melayari internet tanpa
bantuan pembimbing. Walaupun begitu dalam beberapa perkara pembimbing masih
terus memberi bimbingan dan pertolongan untuk meningkatkan pengetahuan guru
dalam teknologi maklumat



3. Murid Celik Komputer


Di samping guru, murid-murid juga tidak diabaikan dalam perkembangan teknologi
maklumat terkini. Justeru itu murid-murid digalakkan menggunakan internet untuk
mendapatkan ilmu dan berita-berita terkini. Murid-murid diberi kebebasan untuk
melayari internet sekolah pada setiap hari persekolahan dengan syarat ditemani oleh
guru. Waktu yang dibenarkan untuk melayari internet adalah pada waktu rehat dan
murid dikenakan bayaran sebanyak 0.3 sen seminit. Buku rekod penggunaan
disediakan untuk memudahkan pihak sekolah mengaudit dan mengutip bayaran pada
setiap akhir bulan bagi tempoh penggunaan setiap bulan.

Aktiviti Bulanan:

Januari : Kursus MS Word
Kursus ini akan diberikan kepada semua staf SKTB. Ia akan disampaikan oleh AJK teknologi Maklumat dan bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan yang lebih tentang penggunaan MS Word. Di harap semua guru akan mahir dalam pemprosesan perkataan yang turut berhubungkait dengan tugas sebagai guru.


Februari : Projek Kongfigurasi Ko-Kurikulum
Projek ini bertujuan untuk menyediakan sebuah rekod aktiviti ko-kurikulum ke dalam bentuk baru iaitu melalui komputer. Segala perancangan, aktiviti, tarikh, tempat dan ahli akan direkodkan secara berkomputer.

Mac : Kursus Print Artist.
Kursus ini dikhaskan untuk ahli kelab komputer SKTB. Ia akan disampaikan oleh AJK Teknologi Maklumat sendiri. Tujuan kursus ini adalah untuk menarik minat murid tentang kelebihan komputer dalam kehidupan seharian.


April : Hari Komputer
Aktiviti ini adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan tentang perkembangan teknologi maklumat terkini khursusnya komputer. Jawatankuasa Teknologi Sekolah
akan mengadakan pameran terbuka untuk untuk memberi peluang kepada guru-guru, murid-murid, para ibu bapa dan masyarakat setempat melihat perkembangan teknologi maklumat terutamanya dalam kontek SKTB sendiri. Pada hari tersebut akan diadakan pameran, kuiz komputer dan juga akan bermulanya penyebaran glosari komputer melalui Radio SKTB selama sebulan.


Mei : Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru
Mengambil sempena hari guru pada bulan ini, AJK Teknologi Maklumat memberi peluang kepada semua murid untuk menyediakan satu kad ucapan yang dibuat melalui sebarang program komputer.

Jun : Pertandingan Membina Logo Kelab Komputer
Pertandingan ini bertujuan mengcungkil bakat murid membina logo. Pertandingan ini membolehkan murid menggabungkan beberapa kemahiran seperti komputer, melukis, mewarna, kritviti dan sebagainya.

Julai : Komputer Sebagai ABM
Projek ini memberi kemudahan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik komputer dalam pengajaran mata pelajaran mereka. Jadual yang tersusun akan diatur oleh pihak sekolah. Aktiviti ini memberi akan peluang yang lebih luas kepada guru-guru dan murid-murid menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini secara tidak langsung akan mendekatkan lagi kepada matlamat pendidikan untuk mewujudkan Sekolah Bestari.


Ogos : Lawatan
Lawatan akan diadakan ke pusat pembelajaran seperti maktab dan pameran-pameran yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Lawatan ini akan memberi pendedahan dan pengetahuan yang berguna kepada murid-murid untuk melihat penggunaan komputer dalam kehidupan manusia.


September : Rancangan Mengajar Tahunan Berpusat
Rancangan Mengajar Tahunan Berpusat ( RMTB ) adalah satu usaha untuk
mengumpul rancangan mengajar tahunan secara lebih terancang dan selaras. Data-data ini akan disimpan secara berpusat ke dalam komputer. Aktiviti ini adalah satu usaha AJK Teknologi Maklumat mengaplikasikan kemudahan dan kemajuan teknologi maklumat dalam pendidikan.
.
26. KECEMERLANGAN AKADEMIK. (Penolong Kanan I )

Pencapaian akademik yang cemerlang adalah satu daripada matlamat
sekolah. Oleh itu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mestilah
dipertingkatkan. Walau bagaimanapun pendekatan pengajaran pembelajaran
bukanlah sepit yang terus menerus fokus kepada pendekatan untuk lulus
periksa sahaja. Ia mestilah mengandungi unsur pendidikan yang sebenar.
Kelulusan peperiksaan yang tinggi dan tulen dalam penguasaan ilmulah yang
sepatutnya berlaku dalam konteks pendidikan cemerlang.

Setiausaha & Penolongnya
Setiausaha : Cg. Sabariah binti Ismail
Penolong : Cg. Wan Adouni binti Wan Mohd Anuar
Aktiviti Berterusan:

1. Murid Cemerlang
Memilih murid cemerlang bagi setiap mata pelajaran daripada setiap kelas
mempamerkan nama dan markah sebagai motivasi

2. Penggunaan Akhbar Didik
Menggunakan akhbar Didik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
Dibuat sama ada secara:- individu / berpasangan / berkumpulan

3. Kelas Tambahan
Latih tubi ,menjawab soalan-soalan tahun lepas, mengikut masa yang telah
ditetapkan.

Aktiviti Bulanan:

Januari : Kem Motivasi
Ceramah Penggunaan Masa
Teknik belajar

Februari: Minggu Sains
Murid kumpul soalan sukar
Perbincangan

Mac : Bengkel Penulisan
Pendedahan menulis karangan (pengolahan dan pengembangan isi)

April : Kempen BI
Cari/Kumpul Vocabulary

Mei : Kem Matematik
Kuiz bertulis Matematik
Dibuat secara berkumpulan (Setiap orang murid daripada setiap kelas. 5 orang
sekumpulan)

Jun : Kempen Bahasa
Latih-tubi penulisan
Latih-tubi tatabahasa/kefahaman

Julai : Perjumpaan dengan ibu-bapa
Melaporkan prestasi murid

Ogos : Latih-tubi menjawab soalan-soalan daripada sekolah/daerah berlainan.

September: Latih-tubi menjawab soalan-soalan daripada negeri yang berlainan

____________________________________________________________

Jawatankuasa Merancang:
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Penolong Kanan I
Penolong kanan II
Penolong Kanan KK
Setiausaha : Cg. Tai See Wai.
Penyumbang : Semua Guru

AWAL TAHUN LAPAN PULUHAN

Penulis Bersama Isteri Dan Anak-anak
Dalam Perjalanan Pulang Dari Singapore, 1981.

cg.1@email.com

(Peringatan Penulis: Sesetengah laman di bawah tidak lagi aktif)
[Cg.'s Calendar] [Cg.'s Cave] [Cg.'s Profile] [Cg.'s LINKS] [Cg.'s Tools]
[Cg.'s HTML] [Cg.'s MIDI COLLECTION] [Cg.'s ICQ] [Cg.'s Book]
[Cg.'s Service] [Cg.'s Geo Files] [Cg.and Pendidiknet]
[SK.Tg.Bariah] [Pengurusan] [Takwim SKTB 1999]