Site Meter
Semenjak
Disember 5,
1997









Add Me!

Oleh:
HAJI WAN
OMAR
BIN
MAHMUD,
AMN.,
PJK.



Cg. is
a member
of
The HTML Writers Guild
.
Penulisan Buku Online /Book Writing Online



AKHIR TAHUN LAPAN PULUHAN

Penulis dilantik menjadi penolong kanan sekolah menengah. Kemudian, selepas setahun setengah, dilantik pula menjadi pengetua dan sempat menjadi pengetua di tiga sekolah menengah sebelum berpindah menjadi Guru Besar sekolah rendah pada awal tahun sembilan puluhan. Pada masa inilah penulis sempat mengikuti perubahan yang agak mendadak dalam sistem pendidikan negara bila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mula dilaksanakan di mana nilai-nilai murni mula diterapkan dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah. Kesannya telah mula dapat dilihat hari ini. Lebih ramai pelajar telah dapat menunjukkan sifat-sifat yang baik seperti rajin, lebih menghormati ibu bapa serta lebih berminat untuk menghayati amalan keagamaan. Perkembangan positif ini adalah hasil usaha bertahun-tahun semenjak akhir tahun lapan puluhan. Usaha itu nampaknya masih dan akan diteruskan.

AWAL TAHUN SEMBILAN PULUHAN

Program "Zero-Defect" Di Sekolah Penulis

  1. Definasi dan Konsep:

    Keadaan sekolah atau situasi sekolah yang mempunyai suasana tanpa kegagalan atau tanpa masalah; tiada kerosakan, tiada pembaziran dan sebagainya. Tegasnya, dalam konteks sekolah ini adalah sebagaimana senarai berikut:

    • Tiada masalah disiplin (salahlaku).
    • Tiada masalah dadah.
    • Tiada kegagalan dalam peperiksaan.
    • Tiada Tandas yang kotor.
    • Tiada pembaziran sumber.
    • Tiada pembaziran masa.
    • Tiada pembaziran wang.
    • Tiada kelewatan menghantar surat.
    • Tiada kelewatan menjawab surat.
    • Tiada kelewatan membayar tuntutan.
    • Tiada pelanggan (murid-murid) yang tidak berpuas hati.

  2. Prasyarat Mencapai "Zero-Defect"
    • Sekolah penulis mempunyai wawasan sebagaimana pernyataan berikut :

      "BAHAWA SESUNGGUHNYA WAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH, KUALA TERENGGANU IALAH UNTUK MENUJU KE ARAH KESEMPURNAAN PENCAPAIAN MATLAMAT DAN TUNTUTAN PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELARAS DENGAN YANG DIGARISKAN DALAM WAWASAN PENDIDIKAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA".

    • Sekolah penulis mempunyai perancangan serta bermatlamat. Ini digariskan dengan terperinci dalam buku panduan tugas guru yang dikeluarkan kepada semua guru.

    • Warga Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah dibudayakan secara sedar atau tidak sedar agar komited kepada matlamat pencapaian wawasan.

    • Sekolah penulis menjadikan kecemerlangan am, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum sebagai piawai sasaran maksimum dan sasaran kuantiti terbanyak dalam semua bidang sebagai piawai sasaran minimum.

    • Sekolah penulis mempunyai sistem kawalan, pengesanan dan penilaian yang berkesan untuk mempastikan kawalan mutu (QC) menerusi amalan motivasi berterusan dan perjumpaan berkala antara staf dan Guru Besar membincangkan berbagai masalah yang mungkin timbul untuk diatasi bersama.

    • Sekolah penulis mempunyai misi sebagaimana pernyataan berikut:

      Bahawa sesungguhnya misi Sekolah penulis ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan semua program dan aktiviti am, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan keagamaan untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

    • Misi Sekolah penulis bercirikan:

      • Penambahbaikan berterusan.
      • Penglibatan seluruh warga SKTB.
      • Tindakan yang strategik.
      • Pengorientasian dan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.
      • Pengawalan kos dan kualiti.
      • Tindakan pencegahan yang berkesan.
      • Penekanan kepada kualiti yang tinggi.
      • Penyelesaian masalah yang sistematik.

    • Langkah-langkah dan Tindakan
    • Penyediaan Piagam pelanggan sebagaimana pernyataan berikut:

      " Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan dan semua guru sekolah ini dengan bantuan kakitangan bukan akademik dan jabatan akan memberikan khidmat berikut kepada semua pelanggan berteraskan budaya cemerlang, budaya ilmu, sekolah penyayang, Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan Pendidikan serta Wawasan 2020 tanpa pilih kasih:

      * Peluang sepenuhnya kepada setiap orang murid untuk memperkembangkan potensi individu mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

      * Didikan keagamaan kepada murid Islam meliputi aspek bacaan Al-Quran, Fardhu 'Ain dan semua yang berkaitan dengan keagamaan termasuk menulis Jawi hingga ke tahap tanpa kecacatan (Zero Defect).

      * Pengajaran semua mata pelajaran dengan penekanan khusus kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah dan kesungguhan yang berkesan demi kecemerlangan dalam UPSK.

      * Bantuan dan layanan yang lebih kepada murid-murid lemah demi penghasilan lulusan SKTB tanpa "deficit" dengan kesedaran bahawa kumpulan inilah sebenarnya yang sangat memerlukan perhatian dan bimbingan istimewa; bukan yang sudah cemerlang.

      * Menyediakan kemudahan fizikal serta peralatan dan bahan pendidikan yang terkini dan mencukupi untuk kegunaan semua murid tanpa prajudis dan tanpa kecuali.

      * Menyediakan pengurusan data dan maklumat berkomputer semua murid untuk rujukan semua ibu bapa/ penjaga pada bila-bila masa.

      * Menyediakan bantuan untuk murid-murid miskin dalam bentuk makanan, peralatan dan kewangan dengan menggunakan wang tabung atau wang kerajaan yang dibenarkan.

      * Menanamkan budaya suka membaca dan kegemaran merujuk.

      * Patuh kepada sebarang peraturan dan pekeliling kerajaan semasa yang terpakai demi kebaikan pelanggan. * Perkhidmatan mesra, dedikasi dan mengutamakan pelanggan daripada seluruh masyarakat SKTB dengan penuh muafakat dengan ibubapa/penjaga.

    • Mewujudkan pengurusan sistem biro dan "Rescue Teams" sebagaimana berikut:

      • BIRO AM (PENTADBIRAN & KEWANGAN)
      • BIRO KURIKULUM.
      • BIRO HAL EHWAL MURID.
      • BIRO KOKURIKULUM.

    • Kurikulum
      • Perjumpaan Mingguan antara Guru Besar dengan guru-guru Tahun 6 diadakan bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah secara bermuafakat.

      • Perjumpaan Mingguan antara Guru Besar dengan guru-guru tahun 1 diadakan bagi mempastikan pencapaian matlamat 100 peratus tanpa kecacatan sebagaimana sasaran dalam jangka masa tiga bulan.

      • Menjadikan semua guru sebagai guru pemulihan.

      • Memberikan hak pembelajaran dan pengajaran yang lebih istimewa kepada murid lemah; tanpa pengabaian serta tidak menjejaskan hak murid elit.

      • Melancarkan "Bulan Nadi Pengajaran Pembelajaran" sepanjang bulan Februari bagi meningkatkan kesedaran tentang penggunaan media dan PSS.

      • Mewujudkan budaya "Buku Di Tangan" bagi murid tahap II.

      • Mewujudkan Pondok Al-Quran di mana acara membaca Al-Quran diadakan setiap waktu rehat.

      • Mewujudkan kad rekod akademik bersepadu.

      • Mengadakan kad analisis mata pelajaran bagi ujian dalaman.

      • Mempastikan semua draf soalan ujian bulanan disemak oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum ditaipkan ke stensil untuk memenuhi konsep (TQM) Do-Right-The-First-Time.

      • Mengedarkan penerbitan yang berunsur motivasi dari semasa ke semasa untuk bacaan Warga SKTB.

      • Melancarkan program membaca senyap selama 5 minit setiap naik waktu rehat bagi seluruh warga SKTB (murid,guru,kakitangan,Guru Besar) untuk menanamkan budaya membaca di SKTB.

      • Memindahkan Bilik Media ke bahagian pejabat sekolah untuk memudahkan penggunaan.

      • Mengadakan pengurusan data maklumat guru, murid dan lain secara berkomputer bagi memudahkan pentadbiran am, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
      • Melaksanakan projek cemerlang bagi murid Tahun 6.

      • Memulihkan kecacatan dalam fardhu ain menerusi senarai semak yang mengandungi nama setiap orang murid.

      • Menyediakan pondok bacaan dengan buku-buku dalam bakul untuk bacaan murid pada waktu rehat.

    • Kokurikulum
      • Mengistiharkan SKTB sebagai sekolah bola sepak (L) dan sekolah hoki (P) sebagai projek berterusan dan latihan sepanjang tahun.

      • Sistem rumah sukan mengikut nama kelas (Delima,Fairus, Nilam,Zamrud) daripada Tahun 1 hingga Tahun 6.

      • Mengadakan kelab dan persatuan yang aktif dan berfungsi untuk dimanfaatkan oleh murid semaksimum mungkin sebagai penyokong kepada kurikulum.

      • Mengadakan olahraga tahunan tiap-tiap tahun.
      • Menyertai semua kegiatan peringkat PKG, daerah dan negeri.
    • Hal Ehwal Murid

      • Meneruskan program Tabung Sayang Di Sayang.
      • Mengamalkan konsep sekolah penyayang.
      • Melaksanakan program RMT secara berkesan.
      • Didikan menabung dan membuka akaun bank simpanan dengan sasaran 100 % menabung dilaksanakan.
      • Perhebatkan unit Bimbingan dan Kaunseling dengan aktiviti yang boleh mendorong pembelajaran di kalangan murid-murid.
      • Mengadakan peraturan sekolah bagi membantu murid mengamalkan budaya dan perilaku sihat serta memupuk nilai-nilai murni.
      • Budaya menghantar surat dan berjumpa ibubapa dalam hal yang berkait dengan anak-anak mereka diamalkan.
    • Am & Kewangan
      • Mengadakan sistem fail bepusat yang kemaskini.
      • Pendekatan musyarawah dan penurunan kuasa secara kolegial yang berkesan.
      • Mengamalkan "Reflective Rationality" dan menonjolkan kelebihan staf.
      • Menimbulkan rasa sepunya di kalangan staf.
      • Memberikan tanggungjawab menyediakan budget masing-masing kepada guru dan staf.
      • Budaya penyayang dilaksanakan menerusi program penyayang seperti merayakan hari jadi staf di bilik guru serta amalan menyediakan kad harijadi untuk staf.
      • Mengadakan mesyuarat staf bulanan dengan diberikan kebebasan untuk semua orang menyuarakan pandangan tanpa sekatan dengan Guru Besar hanya sebagai pengerusi serta mesyuar di adakan di bilik-bilik darjah secara bergilir-gilir untuk memberikan peluang bagi murid kelas berkenaan menyambut semua guru ke kelas mereka dengan upacra yang ringkas tetapi berkesan dalam sanubari murid-murid selaku hos tempat mesyuarat staf.
      • Mengamalkan budaya prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan staf.
      • Mengamalkan pendekatan "Human Resources Management"

    Sesungguhnya, segala yang dirancang ini merupakan ilham yang dicetuskan oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (1993) yang telah banyak menyumbang ide dan secara kebetulan penulis merupakan orang yang telah mengikuti trend pemikiran beliau semenjak penulis seorang pengetua di sekolah menengah dahulu. Adalah diharapkan setiap yang dirancang dapat dimanfaatkan oleh murid-murid kita sepenuhnya demi masa depan mereka, insya'Allah.

    Berkursus Di Kanada


    Seramai 24 orang Guru Besar seluruh Malaysia telah dihantar oleh Kementerian Pendidikan berkursus selama 5 minggu di Ontario Institute for Studies in Education (OISE), Toronto, Ontario, Canada mulai 11 Oktober,1994 hingga 12 November,1994 dalam bidang Special Certficate in School Leadership. Kami bertolak ke Canada pada 8 Oktober,1994 dan tiba di Toronto, Canada pada 9 Oktober,1994. Di samping berpeluang belajar selama empat minggu serta melawat Ottawa, Niagara Falls dan beberapa tempat yang menarik, semua Guru Besar tersebut dihantar membuat pemerhatian selama seminggu di sekolah-sekolah rendah dan menengah di wilayah Scarborough, Ontario. Kami mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Scarborough Centre of Education yang dipimpin oleh Pengarah Pendidikannya, Earl G.Campbell serta pengetua sekolah rendah dan menengah yang terlibat.

    Lawatan Ke Sekolah.


    Selaku salah seorang peserta, penulis berpeluang melawat William Tredway Junior Public School selama seminggu. Waktu dan kesempatan yang diberikan itu telah penulis manfaatkan sepenuhnya dengan membuat pemerhatian, penggambaran foto dan penggambaran video untuk dibawa pulang ke tanah air demi kebaikan rakan-rakan Guru Besar, guru-guru dan murid-murid Malaysia. Pengetuanya, Encik Fred Huggett, memberikan layanan dan kerjasama yang amat baik semasa penulis berada di sekolahnya. Malah, seluruh warga William Tredway Jr. menerima penulis dengan tangan terbuka dan mesra. Guru-guru menyampaikan berbagai maklumat berkait dengan sekolah mereka.

    Sebagai sebuah negara maju dan kotaraya, Toronto, pula lewat 12 jam daripada negara kita Malaysia serta terpisah dengan kira-kira 21 jam waktu penerbangan melalui Tokyo dan Los Angeles, tentu sekali terdapat banyak perbezaan dalam berbagai aspek. Bagaimanapun, dalam pemerhatian penulis, negara kita Malaysia tidak banyak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara Canada, khususnya apa yang terdapat di Toronto dalam budaya kerja serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Namun begitu, sebagai sebuah negara membangun, Malaysia perlu mencontohi berbagai perkara yang difikirkan positif demi mencapai kemajuan yang lebih baik selaras dengan hasrat pencapaian wawasan 2020 yang diimpikan oleh kita semua.

    Budaya Kerja.


    Perkara utama yang perlu disebutkan ialah tentang budaya kerja yang tinggi guru-guru dan staf sekolah di sana. Ia bukan sahaja berlaku di sekolah William Tredway, kerana perkara ini disahkan oleh rakan-rakan peserta yang berkunjung ke sekolah-sekolah lain di Scarborough. Bilik guru sentiasa kosong dan guru-guru, staf dan pengetua hanya ke bilik guru pada waktu rehat atau waktu lunch. Sebahagian besar waktu mereka di sekolah dihabiskan dalam bilik darjah, perpustakaan atau menjalankan berbagai aktiviti di tempat lain bersama murid-murid. Guru-guru dan kakitangan kelihatan aktif sepanjang masa dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.00 petang. Mereka sangat mementingkan masa dan tiada amalan datang lewat untuk bertugas.

    Ciri Sekolah Yang Baik.


    Ciri berikut dapat dikesan menjadi budaya di William Tredway Jr.

    1. Setiap orang di sekolah ini menjadi kumpulan yang gemar belajar ( murid, guru dan pentadbir).
    2. Sekolah ini merupakan tempat terhimpunnya pemimpin-pemimpin.
    3. Kualiti perhubungan antara guru dengan guru, guru dengan Guru Besar dan ibu bapa terjalin dengan baik. Perbualan mereka sentiasa mengenai amalan pendidikan; bukannya mengenai saham atau pilihanraya. Mereka kelihatan ada partnership dan "sharing with one another."
    4. Sekolah ini merupakan tempat di mana semua orang dengan sengaja dan sukarela mahu berada dan bekerja bersama-sama.
    5. Perbezaan pendapat dihormati dan perbezaan pendapat dianggap sebagai sesuatu yang sihat.
    6. Terdapat mereka yang selalu bertanya, "Bagaimana?" dan "Mengapa?"
    7. Terdapat rasa kelucuan dan kelakar; tanpa "seriousness' sepanjang masa.
    8. Mutu dititikberatkan.

    "Code of Behaviour."


    Sekolah ini mengeluarkan risalah "Code of Behaviour" untuk digunapakai oleh seluruh warga sekolah serta ibu bapa atau penjaga murid. Pada muka hadapan risalah yang mengandungi empat muka surat itu terdapat logo sekolah dan moto yang berbunyi, "Learning Grows When We Get Along, Solve Problems and Feel Good About Ourselves " serta lapan nilai asas; iaitu :

    1. Menghormati diri sendiri.
    2. Menghormati orang lain.
    3. Keadilan.
    4. Bertolak ansur.
    5. Kejujuran.
    6. Kerjasama.
    7. Percaya kepada hak demokrasi serta tanggungjawab.
    8. Kepercayaan asas dalam harga diri manusia tidak kira umur, keturunan,suku kaum, agama, kecacatan, jenis atau bahasa.

    1. Kedatangan.
    2. Penyertaan.
    3. Menghormati diri sendiri dan orang lain.
    4. Menghormati hartabenda dan persekitaran.
    5. Kesihatan dan keselamatan.

    Dalam muka surat empat terdapat petunjuk kelakuan baik seperti :

    1. Pencapaian akademik yang meningkat.
    2. Pertambahan dalam pengiktirafan ibu bapa, rakan dan staf.
    3. Perhubungan positif dengan orang lain.
    4. Bertambahnya perasaan positif dan nilai diri.
    5. Meningkatnya kemahiran bergaul.
    6. Peningkatan tingkat kebebasan.
    7. Peningkatan dalam peluang dalam tanggungjawab kokurikulum dan kelebuhan lain.

    Dalam mukasurat ini juga digariskan tindakan akibat daripada keadaan tidak mengikuti "Code of Behaviour" :
    1. Temuduga dan semakan semula kelakuan .
    2. Sekatan kemudahan.
    3. Penggantian bagi sebarang kerosakan atau kehilangan.
    4. Ibu bapa dipanggil.
    5. Kakitangan sokongan dari jabatan dilibatkan.
    6. Gantung persekolah.
    7. "Home instruction"
    8. Perjanjian tingkahlaku dan kaunseling.
    9. Tahanan.
    10. Penglibatan pengetua.
    11. Temuduga formal dengan murid, guru,ibu bapa dengan guru besar.
    12. Kaunseling oleh pihak luar.
    13. "Referral for alternate attendance,fresh start transfer".
    14. Cadangan untuk pemecatan oleh jemaah (board).

    Pada akhir risalah terdapat kata-kata :

    We "All" make William Tredway, A GREAT PLACE TO BE!

    Budaya Penyayang dan Amalan Memberi Pujian.


    Pemupukan rasa kasih sayang berlaku dengan hebatnya di kalangan guru-guru, murid-murid dan lain-lain. Suatu hari, seorang murid kecil datang ke bilik pengetua (Guru Besar) dan berkata, "Hello! Mr. Huggett .... Would you like to see what I did in the class today?", sambil menunjukkan hasil kerjatangan yang dibuatnya. Penulis sendiri berada bersama pengetua pada waktu itu. Secara sepontan Fred (Mr.Huggett) berkata, " Hi! Let me see it ! Oh! It's very nice. When did you do it?" . Murid itu tersenyum riang kerana dipuji oleh Fred; kemudian pulang ke kelasnya semula dengan penuh kepuasan. Demikianlah perihal budaya murid-murid di sana yang sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayang daripada pengetua dan guru-guru. Budaya menyapa diamalkan setiap masa. Saya perhatikan naib pengetuanya (Penolong Kanan), Jill Watson, tidak terjawab disapa oleh murid-murid kecil dan besar sewaktu saya berjalan dengan beliau di kawasan sekolah pada waktu rehat. Mereka mengucapkan, "Hi ! Mrs. Watson; How are you Mrs. Watson; How are you doing Mrs.Watson atau Where are you going, Mrs Watson?" dan setiap sapaan dijawab penuh mesra oleh beliau.

    Memberikan pujian bukanlah suatu perkara mudah dalam kehidupan kita di Malaysia. Ini mungkin budaya dan cara hidup kita yang sentiasa beranggapan bahawa tanpa menyatakan apa-apapun orang sedar kita memuji mereka. Inilah perkara yang menyebabkan seorang suami yang pulang dan makan hidangan isteri yang sedap sehingga kenyang dan merasakan tidak perlu memberikan apa-apa pujian kepada isteri kerana memasak masakan yang sedap itu. Si isteri tentu akan merasa cukup seronok kalau si suami dapat keluarkan walaupun hanya pujian seperti,"Sedapnya masakan hari ini!". Si isteri tentu akan cuba memasak lauk yang lebih sedap pada masa akan datang.

    Demikianlah halnya dengan murid-murid di Canada. Mereka dilayan dan dipuji dengan penuh mesra. Sehubungan dengan itu penulis terlihat satu senarai panjang mengenai 101 cara memuji murid-murid yang dipamerkan dalam perpustakaan sekolah; lantas meminta guru perpustaannya, Elezabeth, menyalinnya untuk penulis bawa pulang ke Malaysia. P enulistelah pun menyebarkan senarai itu sewaktu menyampaikan tiga ceramah penulis kepada Pengetua,Guru Besar dan guru-guru di negeri penulis sekembalinya penulis dari Canada. Di antara ungkapan yang terdapat dalam senarai tersebut adalah seperti: You are great; Good job; Hot Dog; You mean the world to me; Say I love you dan lain-lain. Ungkapan untuk memuji seumpama ini amat banyak dalam bahasa kita. Kita perlu menggunakannya secara maksimum agar budaya memberikan pujian ini boleh merangsang pembelajaran di kalangan murid-murid kita. Mereka akan merasa dihargai dan perasaan begini amat berfaedah bagi murid-murid yang masih kecil agar mereka terdidik dalam suasana dan perasaan yang terpupuk dan segar.

    Kita hendaklah mengelak daripada amalan sukar untuk menyatakan perasaan. Kita hendaklah mengelak daripada amalan membuat andaian-andaian tentang pemahaman orang lain mengenai apa yang kita fikirkan. Tanpa memberitahu fikiran kita yang sebenar, kita mahu orang merasakan apa yang kita fikir itu. Ini tidak mungkin boleh terjadi. Jika kita perlu mengeluarkan kata-kata pujian, kita hendaklah mengeluarkannya tanpa segan silu. Ini amat berfaedah kerana orang yang kita puji akan merasa amat selesa dan seronok, apa lagi jika orang yang kita puji itu terdiri daripada murid-murid yang masih kecil. Kata-kata pujian merupakan ubat yang amat mujarab untuk memotivasi sesiapa sahaja.

    Guru-guru pula dipuji oleh pengetua dalam perhimpunan kerana sesuatu kejayaan yang dicapai oleh murid-murid. Penulis sempat menyaksikan upacara penyampaian medal kepada pemenang merentas desa peringkat province di mana guru-guru yang menjadi jurulatih dipuji dan diberikan tepukan bergemuruh oleh semua murid dan guru. bukan itu sahaja, ibu bapa murid yang berjaya itu juga hadir di dalam perhimpunan dan mereka hadir tanpa dijemput. Inilah budaya yang menjadi amalan harian mereka dan kita perlu menirunya untuk menjadi maju seperti mereka dalam pendidikan. Murid-murid dan guru-guru mereka bekerja dalam suasana penuh bermotivasi.


    cg.1@email.com

    (Peringatan Penulis: Sesetengah laman di bawah tidak lagi aktif)
    [Cg.'s Calendar] [Cg.'s Cave] [Cg.'s Profile] [Cg.'s LINKS] [Cg.'s Tools]
    [Cg.'s HTML] [Cg.'s MIDI COLLECTION] [Cg.'s ICQ] [Cg.'s Book]
    [Cg.'s Service] [Cg.'s Geo Files] [Cg.and Pendidiknet]
    [SK.Tg.Bariah] [Pengurusan] [Takwim SKTB 1999]