Make your own free website on Tripod.com
Penulisan Buku Online/ Book Writing Online
.

AWAL TAHUN TUJUH PULUHAN

Hari Guru mula dirayakan pada 16 Mei, 1972 buat kali pertamanya. Penulis baru sahaja berpindah dari sebuah daerah di selatan ke ibu negeri setelah berkhidmat di sana selama 3 tahun. Penulis ditugaskan di sebuah sekolah berhampiran Muzium Negeri dan tinggal di rumah guru. Di situlah anak penulis yang kedua dilahirkan.

Penulis mengajar Bahasa Inggeris dalam darjah 1 dan darjah 3.Penulis merasa amat seronok di situ kerana penulis dapat melihat perkembangan dan kemajuan murid yang penulis ajar. Mereka bermula dari tidak tahu Bahasa Inggeris dan berkembang maju bersama penulis hari demi hari.

Di sekolah itulah penulis menubuhkan perpustakaan kerana penulis dapati sekolah itu tidak mempunyai perpustakaan. Penulis cuba membudayakan penggunaan perpustakaan di kalangan murid-murid yang rata-rata nampak amat perlukan bimbingan.

Ketika mula berpindah penulis menggunakan skuter Vespa Super. Kemudian penulis menggunakan kereta VW yang ketika itu amat popular (....... bersambung).