Make your own free website on Tripod.com

Site Meter
Semenjak
Disember 5,
1997









Add Me!

Oleh:
HAJI WAN
OMAR
BIN
MAHMUD,
AMN.,
PJK.



Cg. is
a member
of
The HTML Writers Guild
.

Penulisan Buku Online /Book Writing Online



PENGENALAN

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana limpah kurniaNya saya mampu menguasai bahasa "HTML" atas minat dan usaha gigih saya sendiri (Dengan izinNya jua) serta bantuan rakan-rakan dalam dan luar PendidikNET. Agar pengalaman saya itu dapat dimanfaatkan oleh orang lain, maka saya beranikan diri menghasilkan penulisan ini walaupun saya agak lemah dalam bahasa penulisan.

Sebagai seorang pendidik yang telah lama berkhidmat, saya sedar bahawa semua pengalaman yang saya miliki akan hilang begitu sahaja sekiranya saya tidak dapat mencurahkan pengalaman saya ini kepada orang lain, terutama para pendidik yang masih muda. Saya tujukan tulisan ini kepada seluruh warga pendidikan dan bekas guru-guru saya yang sudi membacanya. Insya'Allah, dengan cara ini pengalamn saya,jika ada yang baik, akan dapat dimanfaatkan oleh generasi baru yang akan mewarisi dan mengambilalih peranan generasi saya untuk menyumbang kepada usaha membangunkan negara menerusi pendidikan.

Saya juga tujukan tulisan ini kepada rakan-rakan dalam "PendidikNET" (Kini 2006 sudah berkubur agaknya) yang telah berjaya menubuhkan kumpulan pendidik yang berminat dalam IT.Anak-anak yang masih di bangku sekolahpun perlu meneliti hasil penulisan saya ini. Mereka perlu melihat kandungan penulisan ini sebagai teladan dan sumber bagi mengekalkan jati diri bangsa Malaysia agar tidak terumbang ambing dan tercari-cari untuk membentuk jati diri baru; apa yang disebut sebagai mengelak daripada "reinventing the wheels" di samping sebagai sumber mengenali asal usul bangsa dan keturunan kita.

Oleh itu, anggaplah ini sebagai sumbangan dan coretan pengalaman saya selama lebih kurang 30 tahun menjadi seorang pendidik. Mana yang baik eloklah dicontohi dan mana yang kurang baik ditolak ke tepi demi kemajuan bangsa kita yang sedang giat berusaha menuju ke era "IT" dan "MSC" yang kelak akan meningkatkan kegemilangan negara kita Malaysia serta menyebabkan ia kelihatan hebat di mata dunia serta sentiasa disegani

Tulisan saya bersambung-sambung. Mungkin ada bayak peristiwa yang boleh mencuit hati atau teladan lama yang masih praktik diamalkan hari ini. Sementara itu, anda bolehlah juga melawati laman-laman (homepages) lain rekaan saya sendiri di alam cyber ini. Saya menciptanya sewaktu saya berjawatan sebagai seorang Guru Besar. Kunjungilah lagi laman "Penulisan Online"ini (bookmark) kerana saya akan tambah kandungannya dari semasa ke semasa, insya'Allah. Sehari se helai benang; lama-lama menjadi kain.

Saya percaya memang tidak terdapat karangan yang ditulis bersambung-sambung "live" di internet empat atau lima tahun yang lalu.Alangkah baiknya jika mereka yang lebih mampu daripada saya menulis secara "live" begini tampil kemuka dan menulis secara lebih berkesan.
TERIMA KASIH



cg.1@email.com

(Peringatan Penulis: Sesetengah laman di bawah tidak lagi aktif)
[Cg.'s Calendar] [Cg.'s LINKS] [Cg.'s HTML] [Cg.'s MIDI COLLECTION] [Cg.'s ICQ] [Cg.'s Book]
[Cg.'s Service] [Cg.'s Geo Files] [Cg.and Pendidiknet]
[SK.Tg.Bariah] [Pengurusan] [Takwim SKTB 1999]