Site Meter
Semenjak
Disember 5,
1997









Add Me!

Oleh:
HAJI WAN
OMAR
BIN
MAHMUD,
AMN.,
PJK.



Cg. is
a member
of
The HTML Writers Guild
.
Penulisan Buku Online /Book Writing Online


.

Cg. WAN OMAR BIN MAHMUD, AMN., PJK.
Penulis & Guru Besar SKTB.K.TER. Sehingga 15-12-1999


Beliau anak watan Terengganu dan dilahirkan pada 15-12-1944 telah bersara pada 16-12-1999. Beliau berpendidikan Melayu dan Inggeris dan memasuki maktab perguruan dalam tahun 1964. Beliau lulus dalam tahun 1966 dan mula menjadi guru terlatih pada 1967. Beliau mengajar di beberapa buah sekolah rendah sebelum dipindahkan mengajar di sekolah menengah mulai tahun 1975 setelah lulus HSC dalam tahun 1973.

Dalam 1982 beliau mengikuti kursus setahun dalam bidang teknologi pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kemudian, pada pertengahan 1986 dilantik sebagai pengawai penyelaras Pusat Sumber Daerah, Kuala Terengganu dan pada tahun yang sama dilantik pula sebagai Penolong Kanan sekolah menengah.

Dalam 1987 beliau dilantik menjadi pengetua sekolah menengah dan sempat menjadi pengetua di tiga buah sekolah menengah. Kemudian dalam tahun 1991 beliau kembali ke pangkuan sekolah rendah sebagai Guru Besar sekolah gred A.

Selain bertugas sebagai pendidik beliau terlibat sebagai tenaga pengajar dalam kursus anjuran jabatan dan PPD serta telah menyampaikan kursus kepada guru-guru, Guru Besar dan Pengetua dalam bidang Teknologi Pendidikan, Teknologi Maklumat (IT dan HTML termasuk Pembinaan Laman Web), Pengurusan Cemerlang, ISO 9000, TQM serta photography.PENGALAMAN BELIAU AMAT BERGUNA DI TELITI DAN DIMANFAATKAN OLEH BAKAL GURU MALAYSIA.

Kemuncak perkhidmatan beliau ialah bila beliau dihantar berkursus di Toronto, Ontario, Canada pada tahun 1994 dalam "Special Certificate in School Leadership" dan menjelajah Amerika Utara sebanyak dua kali. Beliau pernah diamanahkan oleh JPNT untuk menyampaikan kertas kerja dalam Seminar Pendidikan Kebangsaan di IAB. Beliau juga mahir dengan komputer dan pakar dalam pembinaan laman web dan HTML. Sebagai bukti, keseluruhan laman web sekolah beliau adalah hasil kerja beliau sendiri. Beliau juga webmaster kepada beberapa laman ketika dalam perkhidmatan.

.
(Klik pada gambar beliau untuk mengetahui lebih lanjut tentang penulis)


[Cg.'s Calendar] [Cg.'s Cave] [Cg.'s Profile] [Cg.'s LINKS] [Cg.'s Tools] [Cg.'s HTML] [Cg.'s MIDI COLLECTION] [Cg.'s ICQ] [Cg.'s Book] [Cg.'s Service] [Cg.'s Geo Files] [Cg.and Pendidiknet]
[SK.Tg.Bariah] [Pengurusan] [Takwim SKTB 1999]