. |
Saya seorang staf di SKTB. Anda tentu ingin mengetahui lebih lanjut tentang
diri saya.....tentang kelebihan saya; kepakaran saya atau pengkhususan saya. Sabarlah. Laman web saya ini sedang dalam pembinaan. Saya cuma berkesempatan
sejam seminggu untuk menambahbaik laman ini, kerana kami terdiri daripada staf seramai 50 orang
dan kami berkongsi satu set komputer berinternet di bilik Guru Besar. Kami sedang berusaha
untuk menambah bilangan komputer. Dengan bantuan orang seperti anda yang dermawan, mudah-mudahan berhasil jua kelak.
Harap kunjungi laman ini semula pada masa hadapan untuk melihat perubahannya. Dan, jangan lupa melawat laman web SKTB, sekolah di mana saya bertugas.
Sesungguhnya saya merasai satu keseronokan dalam mempelajari tentang IT yang bagi saya adalah sesuatu yang amat penting dan berguna dalam kehidupan seharian.
Justeru itu saya akan terus untuk menguasainya di samping sokongan dan bantuan anda semua...
|